Jumaat, 19 Ogos 2016

Walaupun tido dalam kelas tetapi tetap bijak

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian.

1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan

"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".
...
Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum, Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan.

"Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"

Budak tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!"

Ustazah tu terus pengsan..

Rabu, 17 Ogos 2016

Betul ke sabun cuci Joy berupaya


1) Betul ke sabun cuci Joy berupaya membasuh pinggan dari Malaysia ke Singapura?

Jawapan: berlaku khilaf dan ia mempunyai dua pendapat berdasarkan situasi masing-masing.
a) Diorang cuma keliling Bukit Jalil je dan belum sampai ke singapura. Dan ukuran yang dilakukan ialah 6.8km yang bersamaan dengan panjang jalan start dari nak masuk tambak johor hinggalah ke kastam Singapura.
b) Jika benar pun mereka susun pinggan dari Johor ke Singapura, pihak kastam Singapura mungkin tak benarkan pinggan-pinggan tu melepasi sempadan kerana mereka tiada passport yang sah.

2) Kenapa ultraman tidak bawa powerbank ketika menjelma jadi ultraman sedangkan dia tahu dia hanya boleh jadi ultraman selama 3 minit sahaja?

Jawapan: Bateri yang dipakai oleh ultraman ialah dari jenis batu Kryptonite, yang tak boleh dicas secara manual, ianya akan tercas secara semula jadi selepas dibiarkan beberapa tempoh selepas ultraman jadi manusia balik. Arus elektrik dari powerbank tidak mampu untuk meresap dan mengecas batu tersebut pada capsul ultraman.

Adapun dakwaan mengatakan ultraman hanya boleh menjelma 3 minit sahaja adalah tidak benar bagi semua ultraman kerana ada ultraman yang boleh menjelma lebih lama dan ada yang selama-lamanya tubuh dia ultraman.

3) Benarkah jika tiada kicap jalen, semua urusan kena dibatalkan dan dihentikan serta merta?

Jawapan: Ya, benar, semua urusan di kilang syarikat Jalen kena diberhentikan serta merta. Tapi urusan itu tidak melibatkan pihak lain.

4) Benarkah Dragon Ball ada 7 biji semuanya?

Jawapan: tidak benar dan sangat salah. Kerana dragon ball ada 14 biji yang sebenar-benarnya. 7 dari bumi dan 7 dari planet nameck yang dibawa Pikor (komik) atau Picollo (kartun).

5) Benarkah jika menggunakan produk kecantikan di Televisyen akan menyebabkan orang kata pada kita "monggelnyaaaa..."

Jawapan: bergantung kepada tahap minda orang-orang yang berkata begitu

Isnin, 15 Ogos 2016

Suami Isteri Lidah Tergigit

EPISOD 1

Isteri: Abang, sebelum kita kahwin, abang selalu bagi saya hadiah. Tapi, kenapa sekarang abang tak pernah nak bagi saya hadiah???

Suami : Awak pernah tak tengok,pemancing bagi umpan pada ikan yang dah kene tangkap?

Isteri : #%^*+=

************************

EPISOD 2

Perbualan suami isteri.. lagi..

Isteri: Abang, sebelum kita kahwin abang selalu bawa saya jalan-jalan. Tapi, kenapa sekarang abang dah tak pernah bawa saya ke mana-mana. Terperuk aje kat rumah....

Suami : hmm.. Awak rasa kita boleh kawin ni sebab apa??

Isteri : Laa..Abang ni, mesti la sebab dah jodoh...

Suami : Haa... betul laa tu.. kan org tua-tua kata, "kalau dah jodoh tak ke mana." So, tak payah la ke mana-mana... duduk je kat rumah.

Isteri : #%^*+=